Khamis, 16 Oktober 2014

Bab1#

Aina berjalan menuju ke kelas 6 progresifnya dengan senyuman yang terukir di bibir merah menyalanya.bibir aina Sememangnya berwarna merah asli.ye la kan tuan punya badan pula berkulit yang sangat putih tetapi bukan putih pucat kerana aina bukan london asli tetapi kacukan korea juga dan dia langsung tidak ada darah melayu kerana dia bukan dilahirkan di Malaysia dan mummy juga daddynya tidak ada langsung kena-mengena dengan darah keturunan melayu. tetapi Aina lebih mengagumi bangsa melayu daripada Bangsanya sendiri kerana baginya bangsa melayu adalah bangsa yang mempunyai adab kesopanan yang tinggi dan majority semua orang melayu adalah beragama Islam.Sepanjang dari langkah Aina menuruni kereta mewah iaitu Mercedez yang Dipandu oleh pemandu peribadi neneknya iaitu pak Hamdan Lagi sehinggalah sekarang orang-orang yang berada di sekelilingnya yang majority terdiri daripada para pelajar SK Seksyen 9,Shah Alam itu sendiri dari tadi tidak ada yang putus-putus melihatnya.Aina pula hanya buat endah je dengan pandangan-pandangan mereka. Dia sudah muak dengan keadaan begini sejak dari dia berumur 9 tahun iaitu ketika dia mula mendaftar masuk bersekolah disini lagi dia menerima reaksi-reaksi sebegini Dan hari-hari berikutnya sehinggalah sekarang."huh!payah la kalau berwajah cantik ni.tapi inikan kurniaan Allah s.w.t."Aina berkata didalam hati.Dia melangkah masuk ke kelasnya dan menuju ke tempat duduknya.Dia Menunduk ke bawah untuk meletakkan beg plastik yang berisi kain telekung ke dalam laci mejanya. "Ya Ilahi,dapat lagi."Aina mengeluh apabila melihat laci mejanya dipenuhi dengan surat-surat dan hadiah daripada 'Mr- Mr.Secret Admirer'nya. Aina tersenyum apabila melihat sahabat baiknya setelah mengangkat kepalanya semula daripada melihat surat-surat serta hadiah-hadiah pemberian daripada manusia-manusia yang tidak reti bahasa itu. "Assalammualaikum!cik Aina ku sayang!" "Waalaikummussalam,cik Nadia ku yang tercinta."Aina menjawab lafaz salam yang diberikan oleh sahabatnya itu sambil turut membalas gurauan Nadia itu. "Kejap!kenapa aku tengok senyuman kau ni macam kurang 10 peratus kemanisannya je."tanya Nadia dalam ayat berkias untuk mengetahui kenapa sahabat karibnya itu seperti muram sedikit. "Ada something yang spoilkan mood kau ke?"sambung Nadia lagi. Aina tersenyum tawar mendengar pertanyaan daripada Nadia.Dia hanya Menjawab pertanyaan itu dengan mengeluarkan semua isi yang btperada di dalam laci Mejanya dan kembali memandang Nadia sebagai isyarat semua benda yang berada di atas meja dia inilah jawapan kepada soalan Nadia itu. "Gila!banyaknya.kau masih dapat lagi"Nadia berkata dalam nada yang tergejut. "Aku pon dah fade up la dengan semua ni.dah tak larat lagi nak menghadap dengan semua hadiah dan surat-surat ni."Aina bersuara dalam nada yang berputus asa. "Sabar ye Aina.mungkin ini adalah dugaan untuk kau harungi sebagai seorang yang memiliki rupa paras yang sangat cantik rupawan." Nadia cuba memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada Aina untuk lebih bersabar lagi.mungkin semua orang akan hairankan kenapa pelik sangat si Aina ni,kebanyakkannya gadis sangat suka dan pasti akan sangat gembira apabila diminati ramai lelaki dan sentiasa dipuja-puja mereka tetapi tidak Aina.Dia lain daripada yang lain,dia tidak suka dipuji-puji terutama dari segi kecantikan rupa parasnya.Nadia juga hairan kenapa tetapi bila ditanyakan sebabnya Aina pasti menjawab "Alhamdulillah(segala pujian bagi Allah).aku tak layak dipuji kerana kecantikkan ini bukanlah kepunyaan aku tetapi ia adalah milik Allah s.w.t yang Maha Pencipta lagi Maha Indah.Jika kau rasa kagum dan takjub akan sesuatu sebutlah 'Subhanallah(maha suci Allah)' kerana kecantikkan dan kehebatan sesuatu itu apa-apa pun ia adalah punca daripada kekuasaan Allah S.W.T yang sesungguhnya." mendngar saja kata-kata yang keluar daripada bibir comel itu,Nadia terus terdiam Takmahu berbalah dengan Aina kerana buruk padahnya nanti.Dia akan kalah dengan teruk.Aina tidak suka menjadi dambaan dan rebutan-rebutan budak lelaki.dia juga seperti anti dengan budak lelaki. kawan-kawan yang Aina sudi berkawan pon adalah budak-budak perempuan je. Dan tidak ada langsung kawan lelaki.Nadia pun bingung dan tertanya-tanya apa la yang menyebabkan sahabatnya ini meletakkan satu jurang yang sangat besar antara dia dan kaum adam yang bukan mahramnya di dalam dunia ini tetapi Nadia yakin Aina ada sebabnya tersendiri kenapa dia berbuat begitu. "In Sya Allah,aku akan cuba untuk lebih bersbar lagi dan hnya mampu brdoa dn selebihnya tawakkala'lallah."Aina membalas. Nadia tersenyum mendengar kata-kata Aina itu.Dia melihat jam tangannya yang menujukan angka jam 7.05 a.m "YA Allah!Aina,kita dah lewat ni nak kena bertugas.pagi ni turn kita 2 pulak jaga pintu pagar.jom! Jom!"Nadia kalang-kabut memberitahu Aina dan terus menarik tangannya keluar Kelas untuk pergi bertugas di pintu pagar sekolah. ********** Aina terbaring lesu di atas katil princessnya,dia berasa sangat letih pada ketika ini.Hari ini dia pulang sekolah agak lewat,selepas tamat sesi persekolah pada jam 2.05 petang sesi kelas tambahan bagi murid darjah enam disekolahnya diteruskan pula.biasa la tekanan sebagai salah seorang calon UPSR dan dia merupakan salah seorang pelajar harapan 5A disekolah itu juga.Sekolahnya hanya berusaha untuk melakukan dan memberi yang terbaik untuk para pelajarnya biarpun Para pelajar terpaksa mengharungi pahit getir dayn banyak tekanan daripada kelas- kelas tambahan yang perlu diikuti di sekolah dan latihan-latihan yang berlambak-lambak daripada guru matapelajaran masing-masing.kelas tambahan itu diteruskan sehingga pukul 4.30 petang. Selepas itu,Aina perlu menjalani latihan lumba larinya pula di padang sekolahnya.sememangnya hari yang sangat memenatkan dia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan